KUALA LUMPUR, 10 OKT: Mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
PUTRAJAYA, 7 OKT: Kesemua 384 sekolah di Klang, Selangor dan tiga daerah di Sabah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran yang diklasifikasikan sebagai zon merah Covid-19, akan ditutup bermula esok sehingga 23 Oktober ini.
SHAH ALAM, 6 OKT: Hanya sekolah di kawasan zon merah yang mencatatkan peningkatan kes Covid-19 akan ditutup, kata perdana menteri.
KUALA LUMPUR, 5 OKT: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sebanyak 122 sekolah harian terdiri daripada 86 sekolah rendah, 25 sekolah menengah dan 11 sekolah swasta di kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan di Sabah akan ditutup mulai esok.
KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) menyelar dakwaan pihak mempersoal keberadaan guru bagi memantau kepatuhan pelajar terhadap tatacara operasi piawai (SOP) pencegahan Covid-19 selepas waktu sekolah.
KUDAT, 14 SEPT: Guru, pengetua dan pentadbir sekolah di Sabah diingatkan supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan penularan virus Covid-19 di sekolah susulan peningkatan jumlah kes baharu di beberapa kawasan di negeri itu.
Oleh Aisha Hani Nor Azmir KUALA LUMPUR, 5 SEPT: Pelbagai persoalan pastinya berlegar-legar di fikiran ibu bapa untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah selepas kerajaan mengumumkan institusi pendidikan itu dibenarkan dibuka semula secara berperingkat bermula 24 Jun lepas. Ini berikutan,...
SHAH ALAM, 19 OGOS: Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat sumbang kit cegah Covid-19 kepada 22 sekolah di kawasannya sejak 5 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Murid Tahun 1 hingga Tahun 4 mula menyambung sesi persekolahan mereka yang tertangguh kira-kira empat bulan akibat penularan wabak Covid-19 hari ini dan rata-rata ibu bapa dilihat menitikberatkan aspek pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) ketika sibuk menguruskan anak-anak ke sekolah.
KUALA KANGSAR, 18 JULAI: Ujian calitan terhadap ke atas pelajar tingkatan tiga yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur pada Rabu lepas didapati negatif Covid-19, kata menteri kesihatan.
SHAH ALAM, 16 JULAI: Pihak sekolah perlu menyediakan peralatan pencegahan Covid-19 seperti cecair pembasmi kuman, pelitup muka dan alat saringan suhu badan, kata menteri kanan kluster keselamatan.
SHAH ALAM, 15 JULAI: Jangkitan Covid-19 di sekolah harus dicegah kerana ia boleh mengakibatkan penularan meluas dalam kalangan rakan sebaya, guru, keluarga, dan komuniti.
KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah, kini giliran pelajar tingkatan satu hingga empat, murid tahun lima dan enam serta pelajar kelas peralihan pula kembali ke sesi persekolahan hari ini.
KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Setelah hampir empat bulan tidak menjejakkan kaki ke sekolah dan hanya menggunakan pendekatan pembelajaran di rumah akibat ancaman pandemik Covid-19 sejak pertengahan Mac lepas, pelajar akhirnya bakal menyambung semula pembelajaran bermula pertengahan bulan ini.
SHAH ALAM, 26 JUN: Kerajaan membenarkan sekolah dan madrasah tahfiz berdaftar dibuka semula mengikut tarikh pembukaan sesi persekolahan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
KUALA LUMPUR, 26 JUN: Keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah terhadap keselamatan dan kesihatan para guru dan pelajar sekolah di seluruh negara terserlah hari ini apabila baginda berkenan meninjau sendiri pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) dan sesi pembelajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, di sini.
PUTRAJAYA, 24 JUN: Sekolah yang ada merekodkan kes positif Covid-19 dalam kalangan pelajar, guru dan kakitangan boleh diarah tutup, kata Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Azmi Ghazali.
PUTRAJAYA, 24 JUN: Seramai 22 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya yang juga pegawai perhubungan sekolah di 11 sekolah menengah di sini, digembleng bagi memastikan pematuhan tatacara operasi piawai (SOP) di sekolah sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
KUALA LUMPUR, 24 JUN: Selepas hampir tiga bulan sekolah diarahkan tutup dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akibat penularan pandemik Covid-19, sesi persekolahan melibatkan pelajar yang mengambil peperiksaan awam dimulakan semula hari ini.
SHAH ALAM, 10 JUN: Sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam membabitkan pelajar tingkatan lima dan enam di seluruh negara ditetapkan pada 24 Jun ini.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.